Pilih pakaian mengikut bentuk badan pengantin
Hi kesayangan Cik Ayle 💕
Hari ni Cik Ayle nak share tips memilih busana pengantin mengikut bentuk badan bakal pengantin hokeh 💃
Firstly, kenali bentuk badan korang yang mana satu.
Ni Cik Ayle lampirkan kat bawah 👇
1. Hourglass
Ni adalah bentuk badan yang paling heaven ! sebab apa?
sebab semua jenis baju pun helok kat badan dia hokeh 😎
Badan jenis hourglass ni, ukuran bahagian dada dan pinggul hampir sama. Beza pada bahagian pinggang je lebih kecil. Biasa orang panggil badan jenis hourglass ni jenis badan montok gitu haa.
So, korang yang punyai bentuk badan hourglass ni boleh pilih any design yang korang suka.
Untuk warna pun sama. Almost semua warna ngam je untuk badan jenis ni.
Contoh gambar ambik google je tau
2. Strawberry
Badan jenis ni biasanya, bahu dan dada lebar, tapi bahagian pinggul dan kebawah tu jenis kecik.
Untuk badan camni, korang kena guna fabrik yang jenis jatuh supaya bahagian bahu nampak tidak terlalu lebar.
Detailing bahagian atas kena minimal. Manakala bahagian bawah kena carik detailing yang sarat dan jenis lebar atau kembang.
Jangan pakai baju yang beropol atau beraluan pada bahu ! THIS IS A BIG NO!
Nanti bahu korang nampak lebih lebar pulak.
Untuk bahagian pinggang dan kebawah pulak, korang sesuai pakai dress kembang atau dress princess. Ditambah pulak kalau baju tu dari fabrik yang berat dan jatuh. Memang sesuai sangat.
Contoh gambar ambik google je tau
3. Rectangle
Badan jenis rectangle ni biasa oang panggil badan jenis flat. Jenis pinggang pun tak berapa nak nampak.
Dada dan pinggul jenis tak nampak curve.
Untuk badan jenis ni, wajib pakai baju yang ada span supaya badan nampak lebih menonjol. Contohnya pakai baju yang beropol di bahu. Nampak lebih cantik.
Korang jangan risau. Korang akan nampak cuns dan mletops kalau korang tambahkan detailing yang sarat pada bahagian badan ke pinggang.
Untuk bahagian bawah pulak, korang boleh pakai material yang beralun supaya dapat sorok susuk tubuh yang flat.
Untuk warna pulak, korang sesuai pakai warna yang senada.
Contoh gambar ambik google je tau
4. Pear
Badan berbentuk pear ni memiliki bahagian pinggul dan paha yang besar. Elakkan memakai baju yang terlampau labuh dan besar atau kembang. Lagi lagi kalau badan sedikit berisi. Nanti nampak katik !
Baju yang paling sesuai untuk badan pear adalah mini kurung. Selain mini kurung, korang sesuai pakai baju berlace. Full lace paling sesuai kerana fabrik full lace boleh bagi badan korang nampak curvy dan elok.
Sesuai pakai baju yang ada span dibahu. Dan minimal design pada bahagian bawah. Dress curvy dan meleret antara yang sesuai untuk badan pear.
5. Apple
Bentuk badan apple ni jenis yang besar bahagian atas dan jenis yang xde lekuk kat bahagian pinggang. Jenis badan apple ni orang panggil badan berisi. Bukan montok bukan gemuk tau.
Just nice cuma kat pinggang tu tak bape lekuk.
Korang boleh pakai baju yang jenis fabrik jatuh dan flowy. Korang oleh pakai dress kembang cuma kena balance kan dengan heels bagi nampak tinggi.
So, korang sesuai pakai yang design plain atau senada.
Tak sesuai pakai baju yang terlampau sarat dan berwarna-warni.
Haa ni la sedikit sebanyak yang Cik Ayle tau.
Semoga bermanfaat untuk korang ye 💕
BTW, banyak lagi koleksi lain tau.
Jemput singgah butik Cik Ayle ye uolss
Jemput singgah butik Cik Ayle ye uolss
BUTIK GALERI KURUNG
NO 41A JALAN PLUMBUM P7/P,
SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAM.
Whatsapp klik : http://www.wasap.my/60193943820/TEAMCIKAYLE
Follow intagram : https://www.instagram.com/galerikurung/
Comments
Post a Comment