3 Tips Pemilihan Tudung Untuk Majlis Kawen




Assalamualaikum kesayangan Cik Ayle 💞
Ramai customer yang datang butik tanya tudung apa yang sesuai untuk majlis diaorang nanti. So harini Cik Ayle nak share tips untuk korang pilih tudung yang sesuai untuk korang pakai masa majlis nanti.

Selalunya Cik Ayle sarankan korang guna 3 tips ni untuk pemilihan tudung tau.

1. Pilih tudung yang sesuai
Cik Ayle selalu suggest kat bride supaya pilih gaya yang biasa kita pakai seharian. Contohnya kita biasa pakai bawal, jangan mintak pakai shawl pulak.

Bukan apa, risau masa hari kejadian shawl or bawal korang tak menjadi. Haa tak ke naya. Confirm nerves giler la masa tu kalau tudung tak on point. Yela, kita mesti la expect kita punya look perfect masa majlis kan.

So nak selamat pakai la gaya tudung yang korang selalu pakai dan confident. Bila confident baru la berseri-seri aura pengantin baru tu.

2. Material tudung yang betul
Ni pun sangat la penting untuk bride to be. Korang kena cari material yang korang dah familiar jugak. Material tudung pun boleh mempengarauhi bentuk muka korang tau.

Kalau dah biasa pakai satin, beli la tudung satin. Kalau biasa pakai chiffon, beli la tudung chiffon. Bila korang pakai material yang korang dah biasa guna, takde la masalah bentuk muka nampak lain pulak last minit tu.

Siapa yang biasa pakai chiffon tu mesti tau camne nak adjust bagi tak kelepet tudung kan. Gitu jugak satin. Tak semua orang boleh pakai satin on point tau. Macam Cik Ayle nampak sangat comot bila pakai satin. Tak kisah la belit tang mana pun.

3. Pilih gaya kemas dan tak serabut
Yang ni bukan apa, korang jadi raja sehari nanti, seharian akan layan tetamu. Kalau pakai sarat sangat cepat rasa rimas dah tak selesa. Nanti mood pun kelaut tau. Jadi tak syok nak dan tak enjoy majlis sendiri nanti.

Keep it simple, clean and gorgeous okey !
Cik Ayle belanja gambar few pengantin Cik Ayle ye 😉



.......................................

Jemput singgah butik Cik Ayle di Shah Alam & Bangi Sentral tau !
Koleksi baju nikah serendah RM199 jee 😋

Shah Alam ↓
📌 https://goo.gl/maps/TPTwLtcYzdTqE99S6

Bangi Sentral ↓
📌 https://goo.gl/maps/QqAKSTczVnZvACim9 

www.galerikurung.com

Comments

Popular Posts