9 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dan Sayang Kita

9 Tanda lelaki jatuh cinta & sayang kita.


Mana-mana hubungan tu memang akan ada pasang surutnya.
Yela, lelaki dan perempuan ni fitrah memang dah berbeza. Bukan senang nak faham kan.
Bila bergaduh je mesti rasa macam ragu-ragu, betul ke dia ni sayang kan aku.😌
Macam-macam la yang berlegar kat kepala tu.

Haa harini Cik Ayle nak share 9 tanda seorang lelaki tu dah jatuh cinta dan sayang kita.
Takyah berteka-teki dah tau 😉

1. Bersahaja
Dia sentiasa bersahaja. Takde nak berpura-pura atau control macho orang kata.

2. Dia buat kita rasa selesa
Bila kita dengan dia, kita akan rasa selesa. Walaupun kenal belum lama, tapi tak rasa kekok bila disamping dia. Macam dah kenal bertahun gitu.

3. Jujur
Dia akan sentiasa jujur dan tidak mahu berahsia dengan kita.

4. Terima kita seadanya
Camne pun perangai dan paras rupa korang, dia akan terima seadanya. Walaupun dia dah nampak kelemahan kita, dia tetap disisi.

5. Sering menghubungi kita
Benda paling obvious bila dia sentiasa cari kita. Kita tak perlu terhegeh-hegeh nak ingatkan dia untuk menghubungi kita.

6. Ambik tau tentang kita
Bila dah nama nya suka, mestila ada perasaan ingin tahu tentang seseorang yang dia cinta. Lelaki pun macam tu jugak la. Kalau betul dia cinta, sayang, dia akan letak usaha untuk ambik tau apa yang kita suka dan tak suka.

7. Selalu meluangkan masa bersama
Kalau lelaki yang cinta kita, ni adalah benda yang paling ketara kita boleh nampak. Yela, naluri semula jadi lelaki ni memang jenis takkan bazirkan masa untuk orang yang dia tak cinta. So, bila dia dah cari masa untuk diluangkan bersama kita, jangan pertikaikan dah perasaan cinta dia tu ye.

8. Melindungi kita
Orang yang cinta kan kita akan selalu melindungi kita. Dia tak akan biarkan sesiapa pun menyakiti kita.

9. Sedaya upaya untuk membahagiakan kita
Jika seseorang itu mencintai kita, dia akan sedaya upaya nak buat kita bahagia. Setiap keputusan yang dia akan buat, dia akanpertimbangkan kebahagiaan kita.

Kalau korang dah nampak tanda-tanda ni kat boyfriend, tunang, suami, korang tu, jangan ragu-ragu dah ye. Confirm dah tu Encik Boyfriend, Tunang, Suami memang cinta dan sayang kat korang 💕

Comments

Popular Posts