5 Checklist Untuk Bakal Raja Sehari
Assalamualaikum
kesayangan Cik Ayle 💕
Macam biasa Cik
Ayle nak share info yang boleh bantu bakal raja sehari untuk buat
preparation
menjelang hari bersejarah korang nanti 😍
Hari ni Cik Ayle
nak share 5 checklist yang korang kena prepare untuk hari bersejarah korang :
1. Tarikh majlis
Antara
perkara utama untuk dilakukan terlebih dahulu adalah menentukan
tarikh untuk melangsungkan majlis korang. Bila tarikh dah ditentukan, baru
senang korang nak start merangka perancangan majlis yang seterusnya.
Kebiasaannya, orang buat majlis waktu cuti sekolah dan yang pastikan hujung minggu wan waktu cuti. Apapun yang paling utama, tarikh
majlis haruslah di persetujui oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tau 😋
2. Lokasi
Lokasi ni, korang
kena decide nak buat kat rumah atau kat dewan. Kalau korang nak buat majlis kat
dewan, korang kena book selewat-lewatnya 6 bulan sebelum majlis. Bukan apa,
kalau last minute nanti dewan tu tak available pulak kan. Susah nanti nak cari yang sesuai dan berpatutan.
3. Konsep dan tema
majlis
Ini antara perkara
yang paling leceh sebenarnya. Korang perlu bicang dengan pasangan dan ahli
keluarga berkenaan tema dan konsep yang korang nak untuk majlis korang nanti.
Antara contoh konsep yang ada ialah : Melayu Klasik, Garden concept, Moden
Kontemporari, English Classic.
Kalau nak tau lebih lanjut tentang konsep-konsep ni nanti Cik Ayle share lain ye.
Nak senang boleh google je 😁
4. Hantaran
Hantaran ni adat
je. Kalau nak buat boleh, tak buat pun boleh. Takde minimum atau maksimum
kuantiti yang ditetapkan. Akan tetapi, ada 2 perkara yang korang wajib tahu
berkaitan hantaran ni.
Yang pertama, pihak
perempuan biasanya akan sediakan dulang hantaran lebih banyak dari jumlah
dulang hantaran pihak lelaki. Yang kedua, ianya juga perlu disediakan dalam
jumlah yang ganjil.
Contohnya : Pihak
perempuan hantar 11 dulang hantaran. Maka pihak lelaki akan membalas dengan 9
dulang hantaran.
5. Set persalinan
bakal raja sehari
Dah settle semua, barulah kita survey dan tempah baju yang kita nak guna untuk majlis nanti. Kebiasaannya kita kena tempah baju sekurang-kurangnya 2-3bulan sebelum majlis. Baju yang kita pilih hendaklah sesuai dengan konsep dan tema color yang dah dibincangkan sebelum tu.
Pastikan kita tak
tukar fikiran saat akhir tau. Nanti susah nak kena tukar semua dari awal lagi.
Antara yang penting untuk tempah baju untuk majlis korang ni, korang kena pastikan butik atau tailor
tu trusted. Banyak sangat kes baju nikah tak siap beberapa hari sebelum majlis. Huru hara tau nak cari back up baju saat akhir tu.
Paling tak pun, korang kena pastikan baju tu dah siap 2 minggu sebelum majlis
untuk elakkan benda yang tak diingini berlaku. Sekurang-kurangnya, dalam masa 2
minggu tu kalau baju masih belum siap, korang dah boleh siap sedia cari baju
lain.
Tu je la untuk
kalini ye. Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam merancang hari
bersejarah korang ye 😍 Cik Ayle doakan semoga semua urusan korang dipermudahkan dan majlis
berjalan dengan lancar. aminnn 💕
..........................................................................
Jemput singgah butik Cik Ayle di Shah Alam & Bangi Sentral tau !
Shah Alam ↓
📌 https://goo.gl/maps/TPTwLtcYzdTqE99S6
Bangi Sentral ↓
📌 https://goo.gl/maps/QqAKSTczVnZvACim9
www.galerikurung.com
Comments
Post a Comment