Pengalaman Bagaimana Start Bisnes Dari Bawah

Assalamualaikum. Hai kesayangan Cik Ayle 😍 Harini Cik Ayle sentimental sikit. Teringat masa mula-mula Cik Ayle nak start Galeri Kurung ni❤

Alkesahnya macam mana Cik Ayle boleh ada lebih dari 5000 orang pelanggan yang berpuas hati dengan service dan produk dari Galeri Kurung. Kami ni bukanlah anak orang senang mahupun berpengaruh untuk senang dapat job dan tender. Tapi Galeri Kurung ni bertapak dari bawah.

2012 is a history. Waktu tu masih dalam student life. Semuanya sebab nak cari duit poket. Tu yang terjebak bisnes jual baju secara online. Cik Ayle jadi dropship untuk baju-baju exclusive dan baju kurung. Makin lama makin best pulak sebab dah makin banyak order masuk.

Stock simpan dalam kereta, senang nak pergi pos

Malam malam siapkan parcel, habis kelas, terus pergi pos

2013 Cik Ayle kahwin dengan husband. Masa ni dah dapat kumpul sikit duit hasil dropship untuk beli stock sendiri. Makin bertambah busy. Nak study, nak layan customer. Malam-malam Cik Ayle akan siapkan parcel, simpan dalam kereta. Habis je kelas, Cik Ayle dan husband rushing pergi poslaju. Biasanya, petang-petang tu memang poslaju penuh. Beratur berjam-jam nak pos. Pengalaman yang takkan dilupakan.

After habis study, start focus kumpul stock kat rumah

2016 Cik Ayle habis degree. Cik Ayle dan husband decide untuk pergi kelas business. Taknak chambering (sebelum jadi lawyer, kena chambering dulu 9bulan). Kiteorang decide nak cari duit, dan bagi stabil, then baru chambering. Masa ni Cik Ayle dan husband tak business sekali. Cik Ayle buat business baju, husband buat business gadget. Satu bilik khas untuk Cik Ayle buat kerja dan simpan stock.

Bulan berganti bulan, demand dah makin tinggi. Dapat order untuk majlis grand, exclusive, dinner, wedding. Memang Cik Ayle dah syok giler buat business. Gila tak best kalau dah mula dapat kepercayaan. Betul la orang cakap mouth to mouth marketing ni memang deabak. Free marketing.

Sewa separuh tapak dibutik vendor di Shah Alam

Selepas 2 bulan, ambik 1 tapak full

Then, masuk 2018 Cik Ayle try nasib untuk offline bussiness. Sewa separuh tapak kat butik vendor dan fokus untuk baju nikah je. Bila tengok demand memberansangkan, Cik Ayle upgrade sewa satu tapak untuk sediakan keselesaan pada customer. Ya Allah. Bila kita ikhlas nak jaga hati customer, rupanya Allah gandakan rezeki. Tak sangka boleh sewa satu lagi kedai dekat Shah Alam atas permintaan ramai customer. Boleh kongsi rezeki jugak dengan hire 2 orang staff dekat outlet Shah Alam. Officially sekarang Galeri Kurung ada 2 outlet Satu di Bangi Sentral dan satu lagi di Shah Alam.

Galeri Kurung Bangi Sentral

Galeri Kurung Shah Alam

Sumpah syukur sangat dengan rezeki yang Allah kurniakan. Tak menang tangan handle demand dari customer. Tambah-tambah time weekend. Sampai kami hire part timer untuk bagi best service dekat customer, untuk consult, untuk entertain customer sebab kami percaya bila customer happy, InsyaAllah rezeki akan bertambah. Because of that, Cik Ayle minta husband join Cik Ayle handle Galeri Kurung. Then, kami tambah lagi staff dan outsource certain personal untuk ‘smooth’ kan lagi perjalanan bisnes Galeri Kurung.

Kalau dulu cuma reseller, Alhamdulillah sekarang dah ada design sendiri. Bila diimbas balik perjalanan bisnes  ni, syukurnya rasa. Allah baik sangat. Hadirkan staff yang baik, pelanggan yang baik dan bagi banyak jalan untuk upgrade bisnes. Tak pernah terfikir untuk sampai tahap ni.





Dulu jualan cuma 50 helai baju perempuan termasuk blouse. Sekarang kurung je pun dah cecah 250-400 helai sebulan.  Baju melayu pulak kita borong je dulu. Sekarang dah produce sendiri. Daripada 20-50 helai sebulan sampai cecah 150-200 helai sebulan. Daripada satu material, sekarang dah ada tiga jenis material. Daripada satu colour off white, dah beranak pinak kepada beberapa colour dah. Tapi of course setiap bisnes perlu diupgrade. Tak boleh lama sangat di comfort zone. Bukan tak bersyukur dengan rezeki, tapi untuk tambah kejayaan. Baru betul konsep berniaga. Maju dan terus maju tapi dalam masa sama memberi manfaat kepada orang lain.

So now Cik Ayle target Galeri Kurung produce more baju sebulan dan nak upgrade dari ready made kepada custom made. Biar customer rasa ‘exclusive’ untuk dia je. Kami nak yang terbaik untuk customer. Btw, thank you so so so so much kepada customer-customer kesayangan yang tak jemu-jemu support dari dulu sampai sekarang. Semoga Cik Ayle dan Galeri Kurung Team dapat expend lagi production dan team kami untuk bagi the best service among the best. Mungkin lepas ni boleh experience baju raya dan casual wear dari Galeri Kurung pulak kan? Who knows. 

Thank you korang yang dah support Cik Ayle dari dulu sampai sekarang. Doakan Cik Ayle dan Team Galeri Kurung okeyy ❤️

Comments

Popular Posts