Apa beza Mas Kahwin dan Wang Hantaran
Assalamualaikum. Hi korang. sihat ke ? moga semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Harini Cik Ayle nak kongsi apa beza MAS KAHWIN dan DUIT HANTARAN. Cik Ayle tahu ada yang macam pening pening lalat lagi kan perbezaan dua ni hehe
CIk Ayle simplied je la eh. Supaya senang faham.
1. Apa itu
Mas Kahwin ni adalah Mahar. Menurut istilah Syara’ Mas Kahwin adalah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Hantaran pula merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga. Wang hantaran pula bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya isteri, ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menyelenggarakan majlis perkahwinan.
2. Dari Segi Hukum
Mas Kahwin ni wajib dan ada dalam rukun nikah. Nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri masing-masing.
Hantaran pulak lebih kepada adat dan tidak wajib. Takde nilai yang tetap untuk hantaran.
Mas Kahwin ni yang wajib dah ditetapkan oleh setiap negeri. Kalau nak tambah lagi cincin ke, gelang tu terpulang pada individu sendiri. Yang penting, kena ikut kemampuan masing-masing.
Hantaran ni pulak tak wajib pun tapi dah jadi adat orang kita nak hantaran ikut pelajaran anak dan sebagainya. Ada banyak pendapat berkaitan hantaran ni. Ada yang baik, ada yang buruk. Apa pun, ikut situasi masing-masing.
Yang paling penting, korang kena ingat ni. Majlis kahwin tu sehari je. Kehidupan rumahtangga selepas kahwin tu, kalau boleh, nak selamanya. So berpada-pada lah nak spend duit untuk puaskan hati orang yang kita jumpa sehari tu. Bukan kah lebih bermanfaat kita guna duit tu untuk senangkan kehidupan rumahtangga kita selepas kahwin ?😍
Dah nampak tak apa beza mas kahwin dengan duit hantaran? hehe. Cik Ayle harap dapat beri manfaat untuk korang yang bakal mendirikan rumahtangga ye 💓 Semoga semua urusan korang dipermudahkan ye. Aminnnnn
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan lupa singgah butik Cik Ayle nanti ye 😍
Comments
Post a Comment