Jenis - Jenis Tuntutan Selepas Penceraian

Assalamualaikum kesayangan Cik Ayle. Harini Cik Ayle nak share tentang tuntutan yang bekas isteri boleh tuntut selepas penceraian. Bila dah bercerai, jangan lupa tuntut hak kita ye. Maybe prosedur akan ambik masa tapi fight for your right 👌💕
Sebarang tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah yang mana? Mahkamah Syariah tempat korang file kan pencarian. Ni antara tuntutan yang orang boleh tuntut selepas penceraian ye :
1. Nafkah Iddah
Nafkah iddah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh iddah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.
2. Mut'ah
Sekiranya bekas isteri diceraikan tanpa sebab yang musabah, bekas isteri berhak menuntut mut'ah. Mut'ah ni ialah bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak.
Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.
3. Harta Sepencarian
Sebarang harta yang diperolehi bersama sepanjang perkahwinan boleh dituntut selepas bercerai. Yang mana satu harta yang dikira sebagai harta sepencarian? Harta sepencarian ni termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. 
Yang tu pihak berkuasa dah letak syarat-syarat atau ciri-ciri yang dah ditetapkan. Sekiranya harta tersebut menepati ciri-ciri yang ditetapkan, maka suami atau isteri boleh tuntut.
4. Tunggakan Nafkah
Sepanjang perkahwinan, bekas suami gagal untuk memberi nafkah kepada isteri. Isteri boleh tuntut ye. Itu dikira hutang suami kepada isteri dan ia wajib dibayar. Bekas isteri boleh menuntut tunggakan nafkah tersebut di Mahkamah Syariah.
5. Tunggakan Nafkah Anak
Bila dah dapat keputusan pembayaran nafkah anak dari mahkamah dan pihak bekas suami gagal membayar nafkah tersebut, maka bekas isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk menuntut bayaran tertunggak dari bekas suami.
Bayaran tertunggak tersebut akan dikira dari tarikh dia gagal membayar.
6. Hak Jagaan Anak Hadhanah
Hadhanah ni berkaitan hak penjagaan anak-anak yang masih kecil. Anak-anak yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).
Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.
7. Nafkah anak
Kalau korang ada anak, jangan lupa pertahankan nafkah untuk anak kita ye. Nafkah anak ni termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya. alam tuntutan korang letak je jumlah yang korang nak. Nanti hakim akan buat keputusan selepas mengambil kira kemampuan bekas suami.
8. Hak Tempat Tinggal
Kalau dalam drama, biasa isteri nak cerai akan keluar dari rumah dia duduk kan. Konon nak balik rumah mak la. Tapi sebenarnya, bekas isteri yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah. Biar bekas suami yang keluar. Awak duduk je kat rumah tu ye.

Sekiranya korang melalui fasa penceraian dan ingin menuntut hak korang, Cik Ayle sarankan korang rujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan. Prosedur biasa akan mengambil masa tapi takpe. Cekalkan hati dan Cik Ayle doakan semoga semua urusan korang dipermudahkan nanti ye. Semoga perkongsian harini memberi manfaat untuk korang semua💘
..........................................................................

Jemput singgah butik Cik Ayle di Shah Alam & Bangi Sentral tau !

Shah Alam ↓

Bangi Sentral ↓


Comments

Popular Posts