3 Nafkah Yang Wajib Suami Bagi Kepada Isteri


Assalamualaikum. Hai kesayangan Cik Ayle. Harini Cik Ayle nak share tentang nafkah wajib yang suami kena bagi kat isteri. Nafkah ni adalah tanggungjawab wajib suami terhadap isteri. Tak kira la isteri yang bekerja ataupun surirumah. 

Nafkah ni jugak bergantung kepada kemampuan suami. Bukan maksudnya suami tak kerja, so tak payah bagi nafkah ye 😏 Maksud disini, berapa jumlah yang suami mampu bagi. Yang taknak kerja tu, faham-faham sendiri la nak selesaikan macam mana kan 😁

Cik Ayle bahagikan kepada 3 jenis nafkah ye :

1. Nafkah peribadi

Nafkah peribadi ni maksudnya, duit yang suami bagi hanya untuk keperluan peribadi isteri. Khas untuk dirinya sahaja. Bukan untuk beli barang dapur, barang anak, tu bukan ye.

Mengikut potongan tax, setahun suami boleh tolak RM3000 untuk pelepasan isteri. Bermaksud, sebulan RM250 untuk isteri. 

Dalam islam juga ada menyebut, suami hendaklah menyediakan pakaian baru, 2 persalinan setahun (ni termasuk pakaian dalam, tudung, baju, kasut, telekung).

Ini sekadar garis panduan. Yang mampu bagi lebih, biasa akan bagi lebih. Yang tak mampu, boleh bagi ikut kemampuan.


2. Nafkah keluarga

Nafkah keluarga ni la duit yang suami bagi untuk membeli keperluan keluarga termasuk keperluan dapur dan keperluan anak.
  • Duit belanja dapur termasuk keperluan memasak
  • duit belanja anak
  • Rumah yang selesa untuk isteri berteduh dan membuka aurat tanpa individu bukan muhrim
  • Ubat-ubatan
  • Pembantu rumha (sekiranya mampu)


3. Nafkah batin

Kalau cerita pasal nafkah batin ni memang orang ingat perhubungan dalam bilik je kan. Tidak ye tuan-tuan dan puan-puan. Nafkah batin ni termasuklah melayan isteri dengan baik. Menjaga pencakapan, tidak memaki hamun dan menghina isteri.

Senang cakap, ikut la sunnah nabi cara dia melayan isteri dia. Jangan poligami je nak ikut sunnah. Cara melayan isteri pun kena ikut sunnah ye.

Walaupun isteri bekerja dan mempunyai gaji lebih besar dari suami, 3 nafkah ini masih wajib suami tunaikan. Tidak salah jika seorang isteri ingin membantu suami dalam rumahtangga. Akan tetapi, biarlah suami urus dulu kewajipan dia. Kemudian baru isteri datang membantu.

..........................................................................

Jemput singgah butik Cik Ayle di Shah Alam & Bangi Sentral tau !

Shah Alam ↓

Bangi Sentral ↓

Comments

Popular Posts