Jenis -Jenis Wali Dan Susunannya


Assalamualaikum. 
Hai kesayangan Cik Ayle. Yang ni sambungan sikit tentang info jenis-jenis wali dan susunan wali yang boleh nikahkan kita nanti. 



Benda ni penting jugak ye sebab ni antara syarat untuk pastikan perkahwinan kita sah. Tak boleh diambil remeh. Ada orang risau nak nikah sebab wali. Banyak la situasi yang pernah jadi kan. Wali dah lama hilang menyepi. Ada yang tak penah jumpa pun wali dia (bapa dia). Atau anak yang tak sah taraf selalunya sangat risau bab nak kawen ni. Jangan rasa rendah diri atau ada rasa taknak kawen tau. Korang selayaknya berbahagia dan dicintai. Bukan salah korang pun kan. So, chin up girl !



So dalam kes wali dah lama menyepi, tak pernah jumpa wali, Anak tak sah taraf (ni situasi yang biasa berlaku ye) korang boleh guna wali hakim. Wali hakim ni pun ada prosedur jugak. Biasa bagi yang wali hilang menyepi dan tak pernah jumpa wali, diaorang akan suggest kita cari jugak dulu. Biasa buat iklan mencari wali la. Bila dah cari takde jugak, diaorang proceed kepada wali hakim.



Biasanya situasi anak tak sah taraf, kita takut orang tau status kita kan. Korang jangan risau, kalau ambik wali hakim pun, orang takkan tau status korang apa sebab masa akad nanti wali hakim tu takde nak mention status korang pun. Lafaz akad nya sama je macam lafaz akad yang lain. Takde beza. (Ni based on pengalaman kawan Cik Ayle sendiri. Dia sangat takut kalau orang lain tau masa akad dia nanti yang dia anak tak sah taraf, lagi-lagi family sebelah lelaki. Rupa-rupanya, lafaz akad sama je cuma wali tu akan mention "berwalikan aku". So happy ending majlis akad dia berjalan lancar dan rumahtangga bahagia sampai sekarang takde siapa tahu kecuali suami dia dan Cik Ayle.



Korang jangan risau. Korang pergi je ke pejabat agama. Diaorang akan bantu korang dan guide apa yang korang perlu buat. Yang penting, jangan la sorok apa-apa berkaitan wali ni. Korang kena rujuk pejabat agama dan follow prosedur yang diaorang tetapkan. Okey ni la jenis-jenis wali.

Jenis-jenis wali :

Wali mujbir : Bapa dan datuk sebelah bapa bagi bakal isteri dan keatas.
Wali aqrab : Wali terdekat dengal bakal isteri mengikut susunan wali yang layak dan berhak.
Wali ab'ad : Wali yang jauh sedikit dari bakal isteri mengikut susunan wali yang layak dan berhak. (jika ketiadaan wali aqrab)
Wali hakimWali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri untuk mengahwinkan perempuan yang tdak mempunyai wali nasab, wali tidak diketahui keberadaan dan wali yang enggan mengahwinkannya tanpa sebab yang munasabah.

Berikut adalah susunan wali yang layak : (Yang paling atas adalah yang paling layak. Kalau atas takde baru turun kebawah dan berikutnya)
  • Bapa kandung
  • Datuk sebelah bapa dan keatas
  • Adik beradik lelaki seibu sebapa
  • Adik beradik lelaki sebapa
  • Anak saudara lelaki seibu sebapa
  • Anak saudara lelaki sebapa
  • Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa
  • Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  • Datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya
  • Datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya
  • Moyang saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan moyangnya
  • Moyang saudara sebelah bapa sebapa dengan moyangnya
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu lelaki)
  • Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu lelaki)
  • Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  • Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa
  • Anak datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya
  • Anak datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya
  • Wali hakim

Semoga perkongsian kalini memberi manfaat kat korang semua ye. Semoga segala urusan korang dipermudahkan dan berjalan lancar 😘

Nak tau tentang rukun nikah dan syarat sah nikah boleh klik je https://bit.ly/2TBo5iB
..........................................................................

Jemput singgah butik Cik Ayle di Shah Alam & Bangi Sentral tau !

Shah Alam ↓

Bangi Sentral ↓


Comments

Popular Posts