5 Rukun Nikah Dan Syarat Sah Nikah Yang Wajib Bakal Pengantin Ketahui
Selamat petang sahabat Cik Ayle sekalian. Semoga hari ini korang dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Harini Cik Ayle nak share 5 rukun nikah dan syarat-syarat sah yang wajib korang ketahui sebelum melayari bahtera perkahwinan gituu 😋
Perkahwinan ni adalah janji untuk saling mencintai antara dua insan. Setiap pasangan pasti dambakan bahtera perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga. Sebelum masuk ke fasa perkahwinan,korang hendaklah ambil tahu rukun nikah dan syarat sah nikah ye 😘
Ada 5 rukun nikah dalam islam. Iaitu :
1. Bakal Suami
2. Bakal Isteri
3. Wali
4. 2 orang saksi
5. Ijab dan kabul
Syarat Sah Nikah seperti berikut :
1. Bakal Suami
- Islam.
- Lelaki yang tertentu.
- Bukan mahram kepada bakal isteri.
- Atas kerelaan sendiri.
- Tidak mempunyai empat isteri yang sah dalam satu masa.
- Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut.
- Mengatahui bahawa bakal isteri adalah wanita yang sah untuk dinikahi.
- Tidak berada dalam ihram umrah atau haji.
2. Bakal Isteri
- Islam.
- Perempuan yang tertentu.
- Bukan khunsa.
- Tidak berada dalam keadaan iddah.
- Tidak berada dalam ihram umrah dan haji.
- Bukan mahram kepada bakal suami.
- Mempunyai status yang jelas (bukan isteri orang atau masih bersuami).
3. Wali
- Adil.
- Islam.
- Baligh.
- Lelaki.
- Waras atau bukan gila.
- Tidak fasik, murtad atau kafir.
- Tidak berada dalam ihram umrah atau haji.
- Seorang yang merdeka (bukan hamba).
- Bukan seorang safih (muflis atau ditahan kuasa keatas harta).
- Denga kerelaan sendiri bukan atas paksaan.
4. Saksi
- Islam
- Lelaki
- Baligh
- Waras (tidak gila)
- Merdeka
- Bukan tertentu menjadi wali
- Adil (tidak fasik)
- Tidak bisu, buta atau pekak
- Mampu memahami dan mendengar iajb dan qabul
- Mempunyai ingatan yang baik
5. Ijab dan Qabul
- Berturutan diantara ijab dan qabul
- Sebutan yang jelas
- Didengari oleh dua orang saksi yang mampu memahmi ijab dan qabul
- Ijab, wajib disebut nama perempuan dengan khusus
- Tidak bertaklik atau bersyarat (nikah kontrak atau mutaah)
- Menggunakan perkataan nikah didalam ijab dan qabul
Lafaz Ijab : “Aku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”
Lafaz qabul : “Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”
Nak tau tentang jenis-jenis wali dan susunan wali yang boleh nikahkan kita. Boleh klik : https://bit.ly/2xaxVQN
Semoga info yang Cik Ayle share ni sedikit sebanyak dapat membantu korang yang bakal mendirikan rumahtangga. Semoga urusan untuk mendirikan rumahtangga korang diperudahkan dan diberkati. Kekal sampai syurga 💕 Aminn ya rabb
..........................................................................
Jemput singgah butik Cik Ayle di Shah Alam & Bangi Sentral tau !
Shah Alam ↓
Bangi Sentral ↓
..........................................................................
Jemput singgah butik Cik Ayle di Shah Alam & Bangi Sentral tau !
Shah Alam ↓
Bangi Sentral ↓
Comments
Post a Comment