Dugaan Semasa Bertunang
Assalamualaikum kesayangan Cik Ayle 😍 Harini Cik Ayle nak share sikit tenteng dugaan semasa pertunangan. Bukan nikah je ada dugaan tau. Masa bertunang pun dugaan nya memang sangat mencabar. Kalau tak tahan, boleh putus ditengan jalan even semua persiapan dah lengkap 👰
Jom kita tengok beberapa dugaan yang sangat mencabar dalam fasa pertunangan :
1. Takut membuat keputusan yang salah
Walaupun sebelum mengikat tali pertunangan, kita dah kenal pasangan dan yakin dialah orangnya. Akan tetapi, semasa fasa pertunangan ni, ramai pasangan diuji dengan perasan was-was dan ragu-ragu samaada keputusan untuk melangkah ke fasa perkahwinan dengan si dia adalah keputusan yang betul ataupun salah.
9 dari 10 pasangan yang bertunang akan diuji dengan perasaan ragu-ragu ini. Ini hanya mainan perasaan. Hargai effort pasangan untuk menghalalkan perhubungan kita.
2. Emosi yang tidak stabil
Ramai yang diuji dengan dugaan emosi. Walaupun sebelum bertunang, kita berada dalam perhubungan yang baik, jarang gaduh dan salah faham. Akan tetapi, dalam fasa bertunang, kita sering diuji dengan salah faham yang menyebabkan pergaduhan.
Cabaran emosi ni memang banyak menguji kesabaran masing-masing. Tapiii, dari sudut positif, ia penting untuk menyiapkan diri kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan nanti.
3. Tekanan dari keluarga
Dalam fasa pertunangan, kita akan start membuat persiapan untuk majlis perkahwinan. Sedikit sebanyak, ia akan melibatkan keluarga dari dua-dua pihak. Bukan senang untuk memenuhi kehendak semua pihak. Kesabaran dan toleransi sangat peting dalam menangani cabaran ni.
Semoga dipermudahkan jalan untuk kita semua dalam melalui fasa pertunangan dan dipermudahkan segala urusan menuju gerbang perkahwinan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan lupa singgah butik Cik Ayle nanti ye 😍
Comments
Post a Comment