Soalan Famous Tok Kadi Semasa Akad Nikah



Assalamualaikum. Hi kesayangn Cik Ayle. Harini nak share, antara soalan-soalan yang biasa tok kadi tebuk untuk pengantin lelaki semasa akad nikah. Yang paling last tu paling famous la !

Ehh biar betul tok kadi ada nak tanya tanya soalan ni??Iyerrr Cik Abg oiiii.. Itu yang kena prepare tu. Jangan nanti tergagap pulakk haa kang kena jeling ngan bapak mentua kang 😆  

Tapi jangan la risau yerr, hafal je yang ni haa.. Confirm bapak mentua senyum lebar !😜


1. Mengucap dua kalimah syahadah

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Selawat ke atas nabi.


2. Beristigfar memohon ampun kepada Allah.

Beristighfar bertujuan untuk memohon ampun kepada Allah. “Astaghfirullah hal Azim” adalah bacaan yang paling mudah untuk istighfar. 

Jika yang panjang sedikit, anda boleh baca ini;
“Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih”.

Maksud daripada kalimah ini ialah;
“Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu".


3. Bacaan Al-Fatihah.

al fatihah rukun wajib dalam solat. nampak macam mudah kan? tapi make sure baca dengan bacaan tajwid yang betul. makna pun kena tahu juga tau

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Sebutan Dalam Rumi :

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Arrahmaanirrahiim,
Maaliki yaumiddiin,
Iyyaka na'budu waiyyaaka nastaiin,
Ihdinashirratal mustaqim,
Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin
.

Terjemahannya :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


4. Rukun nikah

Rukun nikah ada lima perkara. Pastikan anda menyebutkan dengan betul kelima-lima rukun tersebut. Formula yang mudah untuk ingat adalah SISWA. Ia adalah suami, isteri, saksi, wali dan akad nikah. InsyaAllah, ingat formula ini, anda akan ingat rukun nikah.

- suami (pengantin lelaki)

I - isteri (pengantin perempuan)

- saksi

W - wali

- ijab dan qabul



5. Yang paling last ni adalah soalan paling famous sekali. Dia suruh baca doa qunut! Jangan pulak korang jawab Qunuuttttttt ehh 😆😆

Hafal ni 👇



Bacaan Doa Qunut Rumi

“Bismillaahirrahmaanirrahiim”
Allaahumahdinii fiiman hadait,
Wa aafinii fiiman aafait,
Watawallani fiimangtawallait,
Wabaariklii fiimaa a toit,
Waqini birahmatika syaramaa qadhait,
Fainnakataqdhi walayuqdha alaik,
Wainnahu layadzillu mawwalait,
Walaya idzuman aadait,
Tabarak tarabannaa wata aalait,
Falakal hamdu alamaa qadhait,
Astag firuka wa atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Washahbihi Wasallam.

Maksudnya:

Ya Allah semoga engkau memberikan petunjuk kepadaku dengan orang yang telah engkau berikan petunjuk, Dan semoga engkau memberikan keselamatan kepadaku dengan orang yang telah engkau berikan keselamatan, Dan semoga engkau memberikan pertolongan kepadaku dengan orang yang telah engkau berikan pertolongan, Dan semoga engkau memberikan berkah kepadaku dari hay yang telah engkau tetapkan, Dan semoga engkau memeriksa kami dari rahmatmu dari keburukan yang telah engkau tetapkan, Dan sesungguhnya engkaulah yang maha menghukumi dan tidak ada yang bisa menghukummu, Dan sesungguhnya engkau tidak bisa hina, orang yang engkau sayang, Dengan tidak memulyakan orang yang di satru olehmu, Dan maha tinggi Allah maka tetap segala puji bagimu, Oleh hal yang sudah engkau hukum, Aku memohon pengampunan dan taubat kepadamu Dan semoga engkau menambahkan rahmatnya kepada muhammad yang menjadi nabi, Dan semua umat kanjeng nabi muhammad Dan para sahabatnya, Semoga Allah menambahkan keberkahan dan keselamatan.


Semoga bermanfaat tau. chaiyok chaiyok 😋 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa singgah butik Cik Ayle nanti ye 😍

Butik Galeri Kurung Shah Alam

Cuci mata online 👇


Comments

Popular Posts