Tips Perhubungan Jarak Jauh (LDR / PJJ)
Bukan senang tau nak jaga hubungan jarak jauh ni. Yela, nak jumpa pun bukan boleh terus jumpa kan. Ada yang nun jauh kena drive berapa jam baru dapat jumpa. Bila tak bersua ni, mesti la dalam hati rasa jauh, rasa curiga dan sebagainya.
So, Cik Ayle nak share sikit beberapa tips untuk mengelakkan hubungan pasangan PJJ menjadi semakin jauh, jom kita tengok 5 tips yang boleh korang apply untuk mengelakkan salah faham dan mengeratkan hubungan.
1. Kerap berkomunikasi dengan pasangan
Zaman dah moden, handphone dah canggih. Korang manfaatkanlah sebaik mungkin dengan kerap berkomunikasi dengan pasangan. Setiap hari wajib call pasangan. Video call sebelum tidur sangat la membantu untuk bagi korang berasa dekat dengan pasangan.
Nak jumpa, tak boleh merentas negeri. So, korang rajinkan la update pasangan tentang rutin dan update terkini korang. Jangan biar satu hari berlalu tanpa menghubungi pasangan korang. Biar pasangan berasa dekat walaupun hakikatnya, jasad terpisah jauh.
2. Jujur dengan pasangan
Walaupun pasangan kita jauh, tak nampak apa kita buat, wajib kita jujur dengan pasangan kita. Jangan tipu pasangan. Bila hubungan jauh macamni, jujur tu sangat lah penting supaya pasangan kita berasa secure dan tak rasa curiga setiap masa.
Menipu pasangan takkan membuat pasangan kita lebih bahagia, malah akan menjadi punca hubungan & kepercayaan rosak buat selamanya. Kita takkan mampu untuk pulihkan kepercayaan yang hilang tu. Walaupun pasangan sudah berubah, kepercayaan takkan mampu untuk pulih 100%. Paling tidak pun hanya 80% sahaja.
3. Setia dan sentiasa ingatkan diri kita bahawa pasangan kita adalah yang terbaik
Pasangan PJJ seringkali diuji dengan orang ketiga. Percayalah pasangan kita adalah yang terbaik Allah dah tetapkan untuk kita. Allah hadirkan dia dalam hidup kita bersebab. Didik hati untuk setia dan sentiasa bersyukur pasangan kita hadir dalam hidup kita dan terima kita seadanya.
99% orang yang curang akan menyesal di penghujungnya. Paling sedih, penyesalan tu hanya akan datang selepas kita hilang permata. Bila dah kehilangan, baru sedar betapa bernilai dan hebatnya pasangan yang kita tinggalkan dulu.
Oleh itu, elakkan la dari membuat keputusan yang akan membuatkan kita menyesal di kemudian hari. Pilihlah untuk mencipta bahagia dengan pasangan yang telah Allah tetapkan untuk kita.
4. Jangan biar orang luar masuk dalam perhubungan kita
Sering kita dengar, pasangan curang dengan rakan sekerja, terjatuh cinta tanpa sengaja dan sebagainya. Oleh itu, Islam menyarankan kita untuk menjaga batas. Jangan biar orang lain masuk dalam hubungan kita. Tak perlu mendengar masalah cinta orang lain, sebaliknya dengarlah masalah pasangan kita. Walapun pasangan jauh, tapi zaman dah moden, boleh call dan mengadu dengan pasangan kita instead of mengadu kepada orang lain.
Jadikan pasangan kita tempat untuk mengadu masalah, teman paling rapat kita, supaya kita tidak merasa ada keperluan untuk mencari tempat mengadu yang lain. Bila kita mula mencari tempat mengadu yang lain, lama kelamaan hati kita pasti terdetik satu rasa asing walaupun ianya hanya perasaan yang hadir sementara.
Percayalah, perasaan sementara yang terdetik itu, pernah kita rasa semasa bersama pasangan kita sebelum ni. Moment yang kita rasa sweet dengan orang luar tu, sama seperti moment yang pernah kita cipta bersama pasangan kita sebelum ni.
Oleh itu, jangan sesekali membiarkan orang luar masuk dan mencipta ilusi yang sementara itu.
5. Sentiasa meluahkan rasa cinta terhadap pasangan
Kita tak mampu untuk selalu ada bersama pasangan. Jadi, keraplah ucap kata cinta dan sayang terhadap pasangan supaya mereka tahu, hati kita tetap ada dia. Jauh dimata, dekat dihati.
A simple i love you could make up for the whole day. Buat pasangan rasa sentiasa dihargai dan disayangi walaupun jasad kita jauh dari dia.
Berdoalah kepada yang Esa semoga perhubungan kita sering terjaga dan kekal bahagia hingga ke akhirnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan lupa singgah butik Cik Ayle nanti ye 😍
Comments
Post a Comment